Petang yang indah itu, ramai pula yang mahu ber'scandal-ngeteh' dengan aku. Sehingga terasa keliru dan tidak keruan di hati sanubari aku. Maka kemudiannya, aku membuat kaedah first-in-first-out.. siapa yang mengajak dahulu, maka dengan orang itu yang akan aku keluar.
Lepas masuk ke dalam kenderaan rakan aku.. aku kehairanan.. apsal tak jalan lagi nih? Lalu aku mengajukan pertanyaan..
"tunggu sapa?" tanya aku..
"oppa kamu la.." balas rakan..
"la.. dier ikut sekali ke? mana boleh sumbat nih.. penuh dah.." melihat sekitar kenderaan yg sudah cukup 4 orang..
"kamu riba jer lah oppa kamu.." sambung rakan..
"erkkkkk.." kemerengan..
Langsung terus ke kedai makan yang diperkatakan di Bukit Antarabangsa.. niat di hati hendak makan sotong bakar yg besar cecah dengan air asam yang boleh termimpi-mimpi akan kesedapannya.. (lupa nak amik gambar masa pertama kali makan di sana..)
Bila mula memesan makanan.. kami hampa.. sotong itu sudah tiada.. kata pemilik kedai.. sotong bakar itu tidak mendapat sambutan.. hanya kami saja yang beriya-iya hendak makan sotong itu.. Orang lain tidak.. maka, di hari kemudiannya kedai itu hanya membuat ikan bakar sahaja.. hampa.. hampa yang teramat..
Terpaksa memesan makanan lain..
Oppa mula bersuara..
"tu la.. lain kali amik no phone dier.. call dulu sebelom datang.. ader ke tak sotong tuh.."
"apsal lak sampai nak kene mintak no phone.. kenapa org lain tak suka sotong..? sotong bakar kan sedap.." aku tak puas hati..
"kan akak tuh dah kata tadi.. kiter jer yg buat permintaan sotong bakar tuh.. org lain tak nak.. kalau kau amik no phone dier.. boleh ler dier prepare biler kiter nak datang.. gi pasar siap2 beli sotong.." rakan aku menyampuk..
"la.. nanti la aku mintak.." aku muncung tanda hampa..
"tak pun, senang dier nak pesan kat nelayan suh bawak naik sotong banyak sikit.. aku rasa kan.. laut bergelocak sangat.. tu sbb sotong takde.." sambung oppa..
"bergelocak?" aku pandang muka oppa tanda tak puas hati dengan perkataan itu..
"bro, aku rasa mcm geli semacam dengar perkataan bergelocak tuh.." tambah rakan aku..
"ader ke perkataan bergelocak nih..?" aku confuse..
"ader la.. apsal lak takde.." oppa mempertahankan..
"tak puas hati.. nanti nak google.." aku terus tak puas hati..
dan mereka terus sambung berborak dengan menggunakan perkataan bergelocak yang aku sangat tak puas hati tuh dan nak pegi mencandat sotong..
peristiwa itu berlaku minggu lepas.. dan aku dihantui perkataan bergelocak itu.. sbb oppa byk kali sebut perkataan tuh.. walaupun mcm takde kaitannyer pun.. so, ari ini dengan gagah hati dan memperkasakan jiwa utk mengoogle perkataan BERGELOCAK itu..
kamus dewan bahasa dan pustaka..
BERGELOCAK - BERKOCAK-KOCAK (AIR)
owh.. ader rupanyer perkataan itu.. dan aku tetap rasa lain dan semacam dengan penggunaan nyer..
mcm bergelora + berkocak = bergelocak.. kamu semua tak rasa mcm tu ker?
haih..
*tetap tak puas hati..
**cuba guna bahasa melayu (+ejaan) sepenuhnya.. tapi tak boleh.. akan berusaha lagi..
0 comments:
Post a Comment